Wednesday, June 11, 2008

HISTORY / SEJARAH


MALAYSIAN RED CRESCENT SOCIETY - NEGERI SEMBILAN BRANCH


The MRCS Negeri Sembilan Branch was formed in 1953. It has eleven chapters in Port Dickson, Seremban, Gemas, Jempol, Kuala Pilah, Jelebu, Tampin, Rembau and at three institutions: Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban Institut Latihan Perindustrian, Pedas and Institut Kemahiran Belia Negara, Chembong. The most active chapters are Seremban, Jempol and Rembau. According to the Education Dept., N.S., the MRCS has the largest number of members for a uniformed body, registering a total number of 12,461 members in schools in the state. (N.S., Education Dept. Statistics, 2000).

Our Royal Patron is DYMM the Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan, our Hon. Advisor, Y. Bhg. Dato' Dr. Nellie Tan-Wong, a former Branch Chairman, MRCS National Vice Chairman and National Management Committee Chairman and a practising Chartered Accountant, and our Branch Chairman is Y. Bhg. Dato' Dr. Ir. Wong Chiang Choy, a Consultant Civil
& Structural Engineer by profession.

We have our own premises, occupying the first floor of two shophouses in the heart of Seremban town and we have also been awarded two and a half acres of land at the Galla Forest Reserve, for which we were planning to put up a Youth Camp Site and Training Centre. However, we have just been informed in 2008 that the Highway Authority requires to use part of this land and therefore we have put our plans on hold.

We are active in the area of industrial first aid training for factories in all the major industrial estates in Senawang, Chembong and Nilai. We ar
e working towards making training as one of our major source of income generation especially with our intention to put up an MRCS Training Institute or Centre.

We do not receive a regular annual Government Grant. We raise our funds from the public and our major source is through Flag Day sales. Another income earning activity is operating an MRCS Charity Nearly-New Shop. Donations to MRCS are tax exempt.

Our MRCS Constitution was redrafted and approved by an Act of Parliament No: 47 of 1965 creating an autonomous position for our Society, different from other organisations which come under the jurisdiction of the Registrar of Societies. In 1975, our Society was renamed from "Malaysian Red Cross Society" to "Malaysian Red Crescent Society". During this time of transition and adjustment, our members displayed an excell
ent spirit of discipline and understanding. Our National Royal Patron is His Majesty the King and our National President is YAB the Prime Minister of Malaysia.

The Malaysian Red Crescent Society is affiliated to the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies, our whole body which has its headquarters at Geneva, Switzerland. The IFRC has affiliates in 175 countries and a world membership of 105 million members. Since Malaysia attained its independence, our Society has not only grown in membership but moved on from being only a first-aid organisation to an organisation which plays an active role in disaster relief, ambulance services, refugees rehabilitation, leadership training especially in youth and community work - not only locally but an national and even international levels.

PBSMM Cawangan N. Sembilan ditubuhkan pada 1953. Ianya mempunyai 11 cabang di Port Dickson, Seremban, Gemas, Jempol, Kuala Pilah, Jelebu, Tampin, Rembau dan di 3 institusi: Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Institut Latihan Perindustrian, Pedas dan Institut Kemahiran Belia Negara, Chembong. Cabang-cabang yang paling aktif adalah Seremban, Jempol dan Rembau. Menurut rekod JPNS (Tahun 2000), PBSM mempunyai jumlah ahli yang terbanyak antara unit beruniform, merakam sebanyak 12,461 ahli belia di seluruh negara.

Penaung DiRaja PBSM NS ialah Yang DiPertuan Besar N. Sembilan manakala Penasihat Kehormat ialah YBhg. Dato' Dr. Nellie S. L. Tan-Wong yang pernah menjawat jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan. Beliau juga merupakan seorang akauntan bertauliah. Pengerusi Sawangan pula ialah YBhg. Dato' Dr. Ir. Wong Chiang Choy, seorang Jurutera Konsultan Awam & Struktur.

Pejabat Cawangan yang merangkumi tingkat 1 dua buah rumah kedai terletak di tengah-tengah bandar Seremban. PBSM NS juga telah dianugerahkan 2 1/2 ekar tanah di Hutan Simpan Galla di mana sebuah Pusat Latihan & Tapak Perkhemahan Belia telah dirancang untuk didirikan. Walau bagaimanapun, rancangan ini terpaksa ditangguhkan kerana difahamkan pihak LLM akan menggunakan sebahagian daripada tanah ini.

PBSM NS sangat aktif dalam kursus pertolongan cemas industri untuk kilang-kilang di sekitar kawasan Senawang, Chembong dan Nilai. Kami sedang berusaha menjadikan kursus sebagai satu sumber kewangan khususnya kerana perancangan kami untuk membina sebuah Pusat atau Institut Latihan PBSM NS.

PBSM NS tidak menerima sumber kewangan tahunan daripada kerajaan. Sebaliknya, kami mengumpul sumbangan daripada orang ramai dan sumber kewangan utama kami adalah daripada kutipan Hari Bendera. Selain itu, kami mendapat kewangan daripada pengoperasian Kedai Sumbangan HampirBaru PBSM. Sumbangan kepada PBSM adalah bebas cukai.

Konstitusi PBSM kami telah dirangka semula dan diluluskan melalui Akta Parlimen No: 47 tahun 1965 memberikan Persatuan kami kedudukan autonomi, lain daripada organisasi lain yang diluluskan di bawah Registrar Persatuan. Pada 1975, Persatian kami telah dinamakan semula dari "Persatuan Palang Merah Malaysia" kepada "Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia". Pada masa peralihan dan perubahan ini, ahli-ahli kami menunjukkan disiplin dan sikap kefahaman yang amat baik. Penaung DiRaja Kebangsaan ialah YDP Agong dan Presiden Kebangsaan kami ialah YAB Perdana Menteri Malaysia.

PBSM mempunyai kaitan dengan Persatuan Antarabangsa Bulan Sabit Merah dan Palang Merah, persatuan dunia kami yang berpusat di Geneva, Switzerland. Persatuan ini mempunyai cabangan di 175 negara dah keahlian sebanyak 105juta di seluruh dunia. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, Persatuan kami bukan sahaja telah berkembang dalam keahlian tetapi telah berubah dari hanya agensi pertolongan cemas hingga sebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam bantuan bencana, perkhidmatan ambulans, pemulihan pelarian dan latihan kepimpinan dalam kerja belia dan komuniti - bukan sahaja tempatan tetapi di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.






MRCS Negeri Sembilan's Office at 1st Floor, 3 Jalan Dr. Krishnan, Seremban
Pejabat PBSM NS di Tingkat 1, 3 Jalan Dr. Krishnan, Seremban, Negeri Sembilan




No comments: